Jul 26, 2014

Telah jauh aku melangkah kaki
Tinggal segala memori
Tiba dipersimpangan
Aku tersungkur diantara dua cabang

Otak yang berselirat
Bertempur dengan segala rasa yang ada
Buat aku tertunduk mencium bumi
Merasakan hati makin berdarah

Entah kenapa
Rasa yang ada sekarang
Terlalu asing bagi diri
Untuk menerima

Moga Dia sentiasa lindungi aku
Itu yang aku mahu.