Apr 17, 2013

Jangan kau tanya.

"C tak datang diploma show kau?"
"Tak"
"Eh, kau cakap dia akan datang?"

Aku terdiam selepas soalan itu
Rupanya ramai yang tak tahu
Atau ramai yang tahu tapi buat tak tahu
Atau ramai yang percaya tak percaya
Dengan cerita aku sendiri

Biarlah- biar jawapannya aku sendiri tahu
Janjinya memang seperti itu
Walau sebenarnya bagi dia takde apa
Mungkin bagi aku waktu dia bilang gitu
Tersangatlah penting

Tertunggu jugak 
Kalau kalau ada yang akan tanya dekat mana aku
Hari diploma show tu
Tapi tak ada satu- ranap hati aku

Bukan baru sekali aku merasa begini
Dijanjinya akan ada sentiasa sama aku
Sampai tengah dilepaskannya aku

Tak ngapelah-- 
Cuma satu aku mintak
Waktu kita berjumpa sekali lagi 
Untuk hari paling gembira
Jangan kau kau kau hadiahkan aku soalan

"C tak datang hari konvo kau?"

Cukup ini kali terakhir
Aku masih bertatih untuk kuat.